Terkini

TERKINI!!

TIIAF 2014 akan kembali!

TIIAF 2014 akan menampilkan pertandingan kaligrafi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menarik minat ahli-ahli kaligrafi yang berpengalaman dari dalam dan luar negara menyertainya.

Festival ini juga melibatkan penganjuran bengkel yang akan diketuai oleh ahli kaligrafi terkemuka dunia.

Pelbagai aktiviti bakal dipertontonkan bagi mempamerkan pelbagai jenis produk yang berasaskan kaligrafi dengan lebih jelas lagi.

Karya Spontan Peringkat Kebangsaan 2014

Syarat Pertandingan

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia mengikut kategori yang dipertandingkan.

2. Peserta yang mendaftar sebagai peserta bengkel dan membayar yuran penyertaan RM200.00 adalah secara langsung layak menyertai Pertandingan Seni Khat Spontan (Khat Thuluth) pada 7 Disemberr 2014.

3. Bagi peserta yang tidak menyertai bengkel, bayaran RM10.00 dikenakan bagi menyertai Pertandingan Seni Khat Spontan (Khat Thututh).

4. Peserta mestilah mengisi borang penyertaan dan menyerahkan kepada urusetia pertandingan sebelum 6 Disember 2014 ke alamat berikut:

URUSETIA
TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2014
TTI Management Sdn. Bhd.
Taman Tamadun Islam,
Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Telefon: 09-6278807 (Pertanyaan), En. Khalizan (013-2626061), En. Zafuan (019-9776499)
Faks:09-6309020
Website: www.tti.com.my
Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

5. Segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah dibiayai oleh peserta sendiri.

6. Karya yang memenangi hadiah dalam pertandingan ini dengan sendirinya akan menjadi hak milik TTI Management Sdn. Bhd. dan berhak mencetak dan menerbitkan semula karya berkenaan.

 

Muat Turun Buku Panduan & Borang Penyertaan TIIAF 2014