Terkini

TERKINI!!

TIIAF 2014 akan kembali!

TIIAF 2014 akan menampilkan pertandingan kaligrafi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menarik minat ahli-ahli kaligrafi yang berpengalaman dari dalam dan luar negara menyertainya.

Festival ini juga melibatkan penganjuran bengkel yang akan diketuai oleh ahli kaligrafi terkemuka dunia.

Pelbagai aktiviti bakal dipertontonkan bagi mempamerkan pelbagai jenis produk yang berasaskan kaligrafi dengan lebih jelas lagi.

Karya Siap Peringkat Kebangsaan 2014

Syarat Pertandingan

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia mengikut kategori yang dipertandingkan.

2. Peserta yang mendaftar sebagai peserta bengkel dan membayar yuran penyertaan RM200.00 adalah secara langsung layak menyertai Pertandingan Seni Khat Spontan (Khat Thuluth) pada 7 Disember 2014.

3. Peserta mestilah mengisi borang penyertaan dan menyerahkan kepada urusetia pertandingan sebelum 24 November 2014 ke alamat berikut:

URUSETIA
TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2014
TTI Management Sdn. Bhd.
Taman Tamadun Islam,
Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Telefon: 09-6278807 (Pertanyaan), En. Khalizan (013-2626061), En. Zafuan (019-9776499)
Faks:09-6309020
Website: www.tti.com.my
Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4. Semua saiz karya mestilah tidak kurang daripada 60cm x 80cm dan tidak melebihi daripada 70cm x 90cm.

5. Karya yang dihantar mestilah asli dan baru, bukan ditiru atau disalin daripada karya yang pernah dihasilkan.

6. Hasil kerja tangan (freehand) akan diberi keutamaan dalam pemarkahan karya. Peserta digalakkan untuk meminimakan semungkin yang boleh dalam penggunaan mesin dan alat bantu.

7. Karya yang dihantar mestilah menggunakan jenis khat yang telah ditetapkan sahaja. Karya yang tidak mengikut kaedah atau fakta tidak akan dilayan.

8. Karya juga mestilah sesuai dengan hukum-hukum Islam mengenai seni dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam sama ada dari aspek akidah atau syariah.

9. Segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah dibiayai oleh peserta sendiri.

10. Karya yang memenangi hadiah dalam pertandingan ini dengan sendirinya akan menjadi hak milik TTI Management Sdn. Bhd. dan berhak mencetak dan menerbitkan semula karya berkenaan.

11. Peserta dibenarkan menghantar satu karya sahaja bagi setiap kategori (Kayu, Kanvas, Logam).

12. Semua karya mestilah sampai ke urusetia (sebagaiman alamat yang dinyatakan diatas) sebelum atau pada 4 Disember 2014 jam 5.00 petang.

 

Muat Turun Buku Panduan & Borang Penyertaan TIIAF 2014 (Peringkat Kebangsaan)