Terkini

TERKINI!!

TIIAF 2014 akan kembali!

TIIAF 2014 akan menampilkan pertandingan kaligrafi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menarik minat ahli-ahli kaligrafi yang berpengalaman dari dalam dan luar negara menyertainya.

Festival ini juga melibatkan penganjuran bengkel yang akan diketuai oleh ahli kaligrafi terkemuka dunia.

Pelbagai aktiviti bakal dipertontonkan bagi mempamerkan pelbagai jenis produk yang berasaskan kaligrafi dengan lebih jelas lagi.

Profil TIIAF

Terengganu International Islamic Arts Festival (TIIAF 2014) merupakan edisi ke-empat penganjuran Festival Seni Islam di Taman Tamadun Islam (TTI). Festival Seni Islam di TTI bermula dengan penganjuran "Inspirasi Seni Khat" di peringkat nasional pada tahun 2011 dan diikuti dengan penganjuran TIIAF 2012 dan seterusnya TIIAF 2013 yang telah berlansung pada 15-17 November 2013 yang lalu.

2013 adalah edisi ketiga penganjuran festival seni Islam di Taman Tamadun Islam dan kali kedua penganjuran diperingkat antarabangsa. Penganjuran edisi kedua yang dinamakan 'Terengganu International Islamic Art Festival 2013' (TIIAF 2012) pada 14-17 September 2012 telah mendapat reaksi positif dari Kerajaan Negeri dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Edisi 2012 juga menyaksikan dua perjanjian persefahaman MOU ditandatangani iaitu antara TTI Management Sdn. Bhd. (TTIMSB) & Research Center for Islamic History, Art and Culture (IRCICA) dan TTIMSB & Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) & IQ Terengganu. Perjajnjian persefahaman ini dimeterai bagi tujuan penganjuran TIIAF dan pembangunan kesenian Islam secara keseluruhannya. IRCICA akan bertindak sebagai pengiktiraf program diperingkat dunia manakala UniSZA dan IQ Terengganu sebagai rakan kerjasama penganjuran festival dan pembangunan produk.

Dengan adanya sokongan yang berterusan daripada Kerajaan Negeri dan PMINT, serta pengiktirafan IRCICA, pada tahun 2013 ini TTIMSB akan membawa program ini lebih jauh lagi. Pertandingan kaligrafi peringkat antarabangsa yang dahulunya terhad kepada peserta rantau asia akan dibuka kepada peserta dari seluruh dunia. TTIMSB berhasrat menjadi penganjur ketiga terbaik dunia dalam penganjuran pertandingan kaligrafi. Hasil daripada penganjuran ini, Negeri Terengganu akan menjadi terkenal sebagai salah satu pusat perkembangan seni Islam di dunia.

Tiga (3) produk hiliran yang tercetus dari kejayaan penganjuran ini iaitu seni khat, batikhat, dan muzikhat akan berkembang dan dikenali diseluruh dunia. Perkembangan ini membolehkan vendor, pelukis, pemuzik dan pendakwah turut menikmati hasil dari penganjuran festival ini. Semua lapisan masyarakat terutamanya rakyat Terengganu dan Malaysia akan memperolehi manfaat daripada perkembangan ini. Kesemua produk hiliran ini akan dipamer, dimaju dan diperkembangkan di Institusi Kaligrapfi Islam Antarabangsa (IKIA) yang bakal ditubuhkan di Taman Tamadun Islam, sementara TIIAF akan menjadi platform untuk ianya diperkenalkan di peringkat antabangsa.