Terkini

TERKINI!!

TIIAF 2014 akan kembali!

TIIAF 2014 akan menampilkan pertandingan kaligrafi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menarik minat ahli-ahli kaligrafi yang berpengalaman dari dalam dan luar negara menyertainya.

Festival ini juga melibatkan penganjuran bengkel yang akan diketuai oleh ahli kaligrafi terkemuka dunia.

Pelbagai aktiviti bakal dipertontonkan bagi mempamerkan pelbagai jenis produk yang berasaskan kaligrafi dengan lebih jelas lagi.

Lawatan Penulis-Penulis Khat Terhebat Dunia Ke Tasik Kenyir Sempena TIIAF 2014

KUALA BERANG 3 Dis. 2014 - Kini Tasik Kenyir tidak asing lagi dikenali sebagai tempat pelancongan yang menarik di Terengganu. Dengan keunikan dan keindahan alam yang semulajadi di Tasik Kenyir, ia sentiasa menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Seramai 21 orang jemputan khaligrafer dunia tidak melepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir bersempena Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu (TIIAF) 2014 yang bakal berlansung pada 5 hingga 7 Disember 2014 di Taman Tamadun Islam, Terengganu.

Antara khaligrafer terkenal dunia yang datang melawat Kenyir Elephant Village (KEV).

Antara tempat-tempat yang dilawati oleh para jemputan khaligrafer dunia adalah Taman Herba, Taman Orkid dan juga Kenyir Elephant Village (KEV) yang merupakan produk pelancongan yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Semasa lawatan dijalankan, Ang Ching yang merupakan Pengarah KEV turut menyampaikan taklimat yang berguna kepada para jemputan yang hadir.