Terkini

TERKINI!!

TIIAF 2014 akan kembali!

TIIAF 2014 akan menampilkan pertandingan kaligrafi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menarik minat ahli-ahli kaligrafi yang berpengalaman dari dalam dan luar negara menyertainya.

Festival ini juga melibatkan penganjuran bengkel yang akan diketuai oleh ahli kaligrafi terkemuka dunia.

Pelbagai aktiviti bakal dipertontonkan bagi mempamerkan pelbagai jenis produk yang berasaskan kaligrafi dengan lebih jelas lagi.

Ketibaan Para Kaligrafer Jemputan Terkenal Dunia Sempena TIIAF 2014

Kuala Terengganu 2 Disember 2014 - Seramai 21 orang tokoh kaligrafer terkenal dunia tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu bersempena Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu (TIIAF) 2014. Mereka terdiri daripada penulis-penulis khat terkenal dunia dan juga merupakan juri-juri TIIAF 2014.

Antara jemputan antarabangsa yang hadir ialah Adnan Sheikh Osman (Syria), Mumtaz Durdu (Turki), Ferhad Kurlu (Turki), Ziyad Al-Muhandis (Iraq), Maryam Norouzi Khalilani (Iran), Rasha Kassem Abdol Shahbari (Mesir) dan ramai lagi.

Ketibaan mereka diraikan dengan Jamuan Makan Malam di Ri-Yaz Heritage Marina Resorts & Spa yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Pengarah Urusan TTI Management Sdn. Bhd. juga merangkap Pengarah Festival TIIAF 2014. Jamuan yang diadakan adalah untuk meraikan ketibaan para jemputan dari luar negara sempena TIIAF 2014 yang akan berlansung selama 3 hari di Taman Tamadun Islam mulai 5 hingga 7 Disember 2014.